GOGEN
Adakah Gogen selamat untuk diambil dan adakah Gogen Halal dan bagaimana dengan Gogen formula baru?
Gogen telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikategorikan sebagai makanan tambahan. Dikilangkan oleh kilang yang diiktiraf GMP (Good Manufacturing Practice) di Malaysia yang mematuhi piawaian tentang mutu dan kualiti kebersihan dengan menggunakan formula dan bahan dari Eropah. Gogen diyakini halal dari sumber dan bahan yang digunakan.
Gogen formula baru menggunakan bahan yg halal,semua bahan yang ada di dalam GOGEN FORMULA BARU disahkan halal oleh HFCE (Halal Food Council of Europe),halal yang dikeluarkan oleh HFCE diiktiraf oleh JAKIM,MALAYSIA.
Apakah kelebihan Gogen berbanding produk lain dipasaran?
Gogen merupakan serbuk kolagen marin terhidrolisis tulen gred tinggi, menawarkan kadar penyerapan yang tinggi dan mengandungi pelbagai asid amino yang lengkap.Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi tanpa pengawet dan perisa (pemanis) tambahan. Setiap 1 scoop mengandungi 5000mg serbuk kolagen marin terhidrolisis tulen. Diperbuat daripada kolagen gred tinggi yang masih mengekalkan khasiatnya walaupun dibancuh dalam air panas dan kurang berbau jika dibandingkan dengan produk pure collagen powder atau pure collagen dust lain dipasaran. Anda boleh kawal pengambilan kolagen sendiri bergantung pada keadaan kulit anda.
Apakah kebaikan kolagen dalam bentuk serbuk?
Produk Kolagen dalam bentuk serbuk yang dibancuh dalam minuman lebih mudah diterima dan diproses oleh sistem pencernaan badan berbanding produk kolagen dalam bentuk pil, tablet, dan kapsul.
Kebanyakan produk kolagen dalam bentuk pil,tablet dan kapsul tidak mudah untuk dicernakan dan mengakibatkan kurangnya daya penyerapan produk tersebut. Malah bagi golongan berusia,mereka kurang mendapat manfaat kerana keupayaan penghadaman mereka yang lemah.
Kami juga percaya kolagen dalam bentuk serbuk merupakan cara yang paling ekonomi untuk diambil dalam jangka masa panjang. Anda boleh kawal sendiri pengambilan kolagen anda selain dari yang disarankan oleh pihak kami bergantung pada bajet anda.
Adakah pengambilan kolagen perlu bagi seseorang dalam usia awal 20an?
Seawal 15 tahun anda boleh mula mengambil Gogen tetapi dalam kuantiti yang disyorkan oleh pakar nutrisi. Adakah anda tahu bahawa kolagen mula berkurangan secara drastik selepas umur 25? Faktor-faktor seperti persekitaran,pencemaran dan tekanan mempercepatkan kehilangan kolagen. Setiap orang kadar penurunan kolagen adalah berbeza bergantung pada cara hidup dan persekitaran. Permulaan awal pengambilan kolagen adalah disyorkan.
Adakah terdapat supplement tambahan atau ubatan yang tidak boleh diambil bersama Gogen?
Jika anda ada mengamalkan jamu, produk kurus atau produk detox kami mensyorkan anda jarakkan pengambilan selama 30minit. Jika anda ada mengambilan ubatan sila jarakkan pengambilan selama sejam.
Adakah saya akan bertambah berat badan selepas pengambilan Gogen?
1 sudu (lebih kurang 6g) Gogen mengandungi 16 kcal sahaja.. Anda boleh mengambil walaupun anda sedang berdiet.
Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?
Kolagen (yang merupakan ramuan utama Gogen) dibuat dari protein yang terkandung dalam barangan makanan tenusu. Jadi, biasanya kita tidak menjangkakan kesan sampingan dari mengambil Gogen kecuali alahan pada makanan berasakan ikan.
Bilakah masa terbaik untuk mengambil Gogen untuk ia berkesan?
Gogen boleh diambil bila-bila masa. Kami mengesyorkan anda mengambil dalam jumlah yang disarankan samada waktu pagi atau sebelum tidur.
Adakah badan kita akan menjadi terlalu bergantung kepada makanan tambahan ini selepas pengambilannya?
Gogen adalah makanan kesihatan untuk badan anda, terutamanya untuk sendi, tulang & kulit anda. Teruskan mengambil produk akan memastikan bahawa tubuh anda tidak kekurangan kolagen yang diperlukan.
Adakah kandungan dalam Gogen akan dipengaruhi oleh suhu? Bagaimana cara saya mengambilnya?
Memanaskan atau menyejukkan Gogen tidak akan menjejaskan khasiatnya. Kami mencadangkan anda supaya campurkan dalam minuman berasaskan coklat kerana akan kurang bau dan rasa kolagen apabila diambil bersama. Selain itu anda juga boleh campurkan dalam minuman lain seperti jus,yogurt,makanan berasaskan sup dan juga boleh dicampurkan dalam krim anda.
Bolehkah saya ambil lebih dari jumlah yang disarankan?
Serbuk kolagen marin terhidrolisis merupakan bahan utama dalam penghasilan Gogen adalah sejenis protein. Jadi tidak sepatutnya ada sebarang masalah jika anda meminum lebih sedikit daripada biasa. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda minum mengikut saranan setiap hari dan bukannya minum dalam jumlah yang besar sekali gus. Ini kerana pelbagai reaksi dari badan yang akan timbul jika anda ambil lebih dari saranan secara drastik. Mungkin badan menjadi panas,rasa haus yang melampau dan juga tumbuhnya jerawat akibat pemgambilan berlebihan. Jikan ingin ambil lebih dari saranan,kami mensyorkan anda naikkan pengambilan secara perlahan-lahan,bukan naikkan secara mendadak. Banyakkan pengambilan air jika anda ingin ambil lebih dari saranan.
GOTA
Kebaikan GOTA dan kebaikan glutathione dalam bentuk serbuk
Kebanyakkan produk glutathione dipasaran,banyak dicampurkan dengan bahan-bahan campuran lain. Dengan GOTA anda boleh kawal sendiri berapa banyak glutathione yg anda nk ambil setiap hari. Bukan itu je,sama seperti GOGEN anda juga boleh campurkan GOTA dengan minuman kegemaran anda.
Anda juga boleh campur sekali dlm moisturizer,krim dan body lotion. Dinasihatkan, jangan bancuh GOTA dengan air kosong disebabkan tak sedap untuk diminum disebabkan kandungannya pure glutathione powder dan serbuk antioksidan vitamin c tanpa pengawet dan pemanis tambahan serta campuran bahan-bahan lain.
Produk Glutathione dalam bentuk serbuk yang dibancuh dalam minuman lebih mudah diterima dan diproses oleh sistem pencernaan badan berbanding produk glutathione dalam bentuk pil, tablet, dan kapsul.
Kebanyakan produk glutathione dalam bentuk pil,tablet dan kapsul tidak mudah untuk dicernakan dan mengakibatkan kurangnya daya penyerapan produk tersebut. Malah bagi golongan berusia,mereka kurang mendapat manfaat kerana keupayaan penghadaman mereka yang lemah.
Kami juga percaya glutathione dalam bentuk serbuk merupakan cara yang paling ekonomi untuk diambil dalam jangka masa panjang. Anda boleh kawal sendiri pengambilan glutathione anda selain dari yang disarankan oleh pihak kami bergantung pada bajet anda.
Kebaikan GOTA
- Ia berfungsi dalam pencerahan kulit dalam memberikan wajah yang lebih cerah dan berseri
- Mengurangkan dark spot,jerawat,memudarkan parut jerawat
- Ia berfungsi sebagai anti aging
- Mengurangkan fine lines dan kedut
- Ia melindungi sel-sel daripada toksin seperti radikal bebas yang menyebabkan noda dan pigmentasi kulit.
- Ia berfungsi sebagai antioksida. GOTA adalah antioksida yang telah terbukti bagi menyerap radikal bebas sebelum ia merosakkan protein selular penting. Antioksidan dalam GOTA akan membantu mengurangkan kesan merbahaya radiasi ultraviolet dengan mengurangkan tindak balas kulit terhadap matahari dan mengurangkan kerosakan DNA.
- Ia memperkuatkan sistem imun, mengurangkan peluang mendapat kanser, melindungi kita daripada penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan
- Bertindak sebagai UV protection (internal sunscreen)
Jika anda perlu terlibat dalam aktiviti berpanas,sila ambil dalam masa setengah jam sebelum aktiviti tersebut. Ia akan aktif dalam masa setengah jam dan :
Ia meningkatkan ketahanan kulit kepada matahari
Ia mengurangkan perubahan kulit selepas pendedahan kronik kepada matahari
Ia memberikan perlindungan sel dalam epidermis
Ia melindungi DNA sel kulit
*Anda masih perlu memakai sunblock di muka dan di bahagian badan yang terdedah.